Mesin Basuh Samsung

Hampir 2.8 juta mesin basuh Samsung ditarik balik daripada pasaran di Amerika Syarikat selepas laporan kecederaan dibuat terhadap produk itu.

Ia adalah halangan terbaru kepada gergasi elektronik Korea Selatan, yang sudah menghadapi penarikan balik di seluruh dunia melalui telefon pintar Galaxy Note 7 keluaran mereka.

Isu terbaru sekarang terarah kepada mesin basuh ‘top-loading’ mereka.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat (US Consumer Product Safety Commission – CPSC) berkata bahagian atas mesin itu boleh tertanggal daripada badannya semasa proses membasuh dilakukan, dan ini seterusnya boleh menimbulkan risiko kecederaan kepada pengguna.

Difahamkan bahawa pihak Samsung telah menerima sembilan laporan kecederaan, termasuk rahang patah, bahu cedera dan kecederaan lain yang melibatkan pengguna terjatuh.

Terdapat telah lebih daripada 700 laporan mengenai getaran berlebihan pada mesin basuh tersebut atau penutup atas mesin basuh tersebut tercabut terus semasa digunakan.

Penarikan balik mesin basuh samsung ini melibatkan 34 model yang dikeluarkan untuk pasaran antara tahun 2011 dan 2016, yang setiap satunya berharga dalam lingkungan  RM 1,800 – RM 6,300 seunit. (USD 450 – USD 1,500)

Samsung berkata penutup atas mesin basuh yang terjejas boleh terpisah apabila kitaran kelajuan tinggi digunakan untuk membasuh fabrik tempat tidur atau fabrik kalis air atau apabila ia digunakan untuk membasuh barangan fabrik yang berat.

John Herrington, naib presiden kanan dan pengurus besar peralatan rumah di Samsung Electronics America, berkata, “Keutamaan kami adalah untuk mengurangkan sebarang risiko keselamatan di rumah dan untuk memudahkan pelanggan kami bertindak balas dalam urusan penarikan balik ini.

“Kita sedang bergerak pantas dalam menangani masalah ini dan menjalinkan kerjasama erat bersama CPSC untuk memastikan pengguna tahu pilihan yang ada untuk mereka dan sebarang gangguan di rumah dapat dikurangkan.”

Sebelum ini, firma elektronik Korea Selatan ini telah memansuhkan telefon pintar Galaxy Note 7 pada bulan lalu selepas gagal menyelesaikan kebimbangan keselamatan berikutan laporan daripada pengguna telefon pintar tersebut yang telefon tersebut terbakar atau meletup ketika ia sedang di cas.

Berita berkaitan : Samsung : Selepas Note 7, Mesin Basuh Samsung Pula Meletup

LEAVE A REPLY