melayu

SHAH ALAM – Bangsa Melayu digesa untuk menghapuskan penyakit Melayu fobia yang ada dalam diri masing-masing jika mahu maju ke hadapan.

Ketua Srikandi PKR, Senator Siti Aishah Shaik Ismail berkata, ‘penyakit’ itu hanya akan menyebabkan Melayu ketinggalan di belakang bangsa lain.

“Masalah Melayu di Malaysia, walaupun mereka memegang tampuk majoriti, mereka mempunyai penyakit Melayu fobia.

melayu“Melayu memang sensitif bila bercakap tentang bangsa, bila ada Melayu yang sengaja memomokkan kepentingan orang Melayu demi meraih undi, Melayu akan akan keterbelakang demi mempertahankan agama dan bangsa,” katanya Wacana Sinar Harian Siri ke-40: ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’, di sini, semalam.

Katanya lagi, tanpa ‘penyakit’ tersebut, negara dapat dibina berasakan tamadun yang cerdik.

“Orang Melayu takut nak bawa perubahan. Bangsa Melayu adalah majoriti, mereka adalah hak yang paling besar dan boleh menentukan parti yang mana boleh memerintah.

“Tetapi jika yang ada itu masih didoktorin dengan fobia Melayu ia tidak akan membina masa depan negara,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here