melayu

DALAM dunia dan suasana politik yang kian mencabar ketika ini, agenda ekonomi bumiputera merupakan antara perkara utama yang perlu diberikan penekanan serius oleh kerajaan.

Tidak dinafikan juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa memberi penekanan kepada ekonomi bumiputera menerusi penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera diadakan setiap bulan.

Dalam pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini pun kerajaan telah memperkenalkan lapan inisiatif bagi memperkasa agenda bumiputera dengan bajet keseluruhan berjumlah RM1.52 bilion.

download

 

Ada semua ini mencukupi? Pada ketika ini pemerkasaan ekonomi bumiputera lebih kepada menuntut perubahan kepada cara kita berfikir, bekerja dan bertindak.

Kenapa ini perlu dilakukan? Ini kerana terdapat sesetengah ahli politik bukan Melayu yang suka menghasut bangsa lain membenci dan memandang serong agenda mahupun institusi milik orang Melayu dan bumiputera.

Adakah agenda bumiputera masih relevan ketika ini? Percayalah, agenda ini akan terus relevan selagi mana orang Melayu dan bumiputera masih wujud di bumi bertuah ini.

Janganlah dipersoal kewujudannya kecuali jika pelaksanaannya tidak mencapai sasaran atau menjejaskan rakyat Malaysia.

Jika dilihat kepada pelaksanaanya, sudah berpuluh tahun agenda bumiputera digerakkan kerajaan bagi membawa orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak keluar daripada belenggu kemiskinan selepas terlalu lama dijajah negara Barat.

Adakah ianya berhasil? Kita sendiri sebenarnya sudah dapat melihat semakin ramai orang Melayu dan bumiputera meninggalkan kelompok miskin tegar dengan sebahagian besar daripadanya kini berada dalam kumpulan pertengahan malahan ada yang sudah menjadi jutawan.

a4a6e0068e115004f97790833771b7a4

Jika dahulunya orang Melayu dan bumiputera tinggal di kampung dan pedalaman, kini mereka telah menjadi kumpulan majoriti penduduk yang bekerja atau tinggal di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Namun, adakah semua ini mencukupi sebagai penanda aras kejayaan agenda bumiputera? Persoalan ini penting memandangkan semakin ramai pihak khususnya bukan Melayu yang mempertikaikan sama ada agenda bumiputera masih relevan.

Sememangnya kerajaan sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif pemerkasaan agenda bumiputera dan memperjuangkan hak serta kepentingan Melayu dan bumiputera supaya terbela.

Tetapi malangnya, sudah ada golongan Melayu liberal di negara ini yang kini hidup senang lenang disebabkan agenda tersebut mempertikai kepentingannya untuk generasi akan datang.

Suara-suara sumbang yang mempertikai apa sahaja agenda atau institusi milik orang Melayu khususnya dalam kalangan ahli politik bukan Melayu memang dilihat semakin lantang sejak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan oleh kerajaan.

Biarlah suara-suara sumbang itu terus melalak, apa yang penting kerajaan perlu terus fokus kepada usaha memperkasakan agenda bumiputera.

Mengapa suara-suara sumbang itu berterusan dan tidak akan berhenti melalak? Mereka sebenarnya tidak memahami agenda bumiputera adalah usaha jangka panjang yang bersifat dinamik dan boleh diubah suai mengikut keperluan semasa demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

pemerkasaan-ekonomi-bumiputera_525448d1ec8c4_w1500

Semua harus jelas, agenda bumiputera bukan agenda politik seperti agenda pihak tertentu yang gila kuasa dan mahu menjadikan Malaysia sebuah republik, negara liberal, hidup bebas mahupun meletak hak asasi mengatasi batas agama.

Semua perlu faham, agenda ini memberikan tumpuan kepada tahap ekonomi dan pembangunan modal insan supaya orang Melayu dan bumiputera berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mana-mana kaum lain di negara ini tanpa menindas mana-mana pihak.

Sehubungan itu, semua bangsa seharusnya membuang rasa iri hati atau terancam khususnya dalam kalangan orang bukan Melayu terhadap sebarang agenda memperkasakan orang Melayu dan bumiputera.

Bukankah tempiasnya tetap dinikmati malah tidak ada sesiapa boleh menafikan tidak ada kaum di negara ini yang terpinggir daripada menikmati kekayaan negara secara sama rata dan tidak dibeza-beza.

Khairul Amir adalah salah seorang penganalisis politik bebas dan pembaca Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah pandangan peribadi beliau dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Malaysian Access.

LEAVE A REPLY