Sumber imej: FMT

Percanggahan pendapat sehingga berlakunya konflik antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selesai apabila kedua-dua pemimpin sedia menghulurkan tangan untuk berdamai.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir mengaku bersedia berbincang serta mengambil satu ketetapan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

“Saya tiada apa-apa isu dengan ADUN Kijal. Jika betul dia bersedia berdamai, saya dengan hati yang lapang dan terbuka sentiasa menghulurkan tangan ke arah perdamaian. Sumber imej: themalaymailonline.com

“Saya tiada apa-apa isu dengan ADUN Kijal. Jika betul dia bersedia berdamai, saya dengan hati yang lapang dan terbuka sentiasa menghulurkan tangan ke arah perdamaian.

“Segala syarat ditetapkan akan saya penuhi asalkan tidak merugikan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan kesediaan Ahmad untuk berdamai, tetapi menetapkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi Ahmad Razif.

Antara syarat ditetapkan Ahmad ialah melantik semula beberapa pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditamatkan kontrak. Sumber imej: beritadaily.com

Antara syarat ditetapkan Ahmad ialah melantik semula beberapa pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditamatkan kontrak.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri bersedia memenuhi syarat ditetapkan, asalkan ia tidak membeban dan menjejaskan kerajaan.

“Kita akan tengok semula punca pegawai terbabit ditamatkan kontrak. Jika disebabkan masalah integriti, kerajaan negeri tidak akan berkompromi, tetapi jika pegawai GLC terbabit ditamatkan atas sebab lain, kita akan pertimbangkan,” katanya.

SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articlePARTI BERSATU HANYA PECAH UNDI MELAYU
Next articlePAS Jangan Jadi Pelampau Agama – Pemuda MIC
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY