perlis
Foto oleh Awani

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini menafikan tuduhan dan dakwaan seorang blogger bahawa beliau bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata beliau tidak pernah membuat sebarang kenyataan atau perbuatan yang boleh dianggap ‘menikam belakang’ perdana menteri sehingga hari ini sebagaimana didakwa blogger Yusman Zahari.

“Saya sentiasa menyokong tanpa berbelah-bagi malah ketika perdana menteri diserang berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion, saya adalah antara ketua Umno bahagian yang secara terang, jelas dan tegas mempertahankan kepimpinan beliau”, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PERLIS
Foto oleh NST

Beliau mengulas mengulas tulisan blogger tersebut yang bertajuk ‘Pemimpin‎ Umno Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib.’

Azlan berkata tulisan tersebut bersifat pembohongan, fitnah dan berniat jahat selain cuba menimbulkan permusuhan antara beliau dengan perdana menteri dan membentuk persepsi negatif rakyat Perlis terhadapnya.

Katanya tuduhan blogger tersebut bahawa beliau tidak pernah menyokong perdana menteri secara terbuka dan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa Mukhriz masih menteri besar Kedah juga adalah tidak benar.

“Saya mencabar Yusman membuktikan segala tuduhannya dan menuntut beliau menarik balik dakwaan, pembohongan dan fitnah serta memohon maaf secara terbuka kepada saya dalam masa terdekat.

“Sekiranya dia gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang dan menyaman beliau untuk membersihkan nama saya,” kata beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kangar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here