MB
Foto oleh FMT

PETALING JAYA: Dalam persediaan BN menghadapi pilihan raya umum, Menteri Besar (MB)Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan mungkin ditukar, menurut satu laporan media.

Spekulasi tersebut mula tercetus selepas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengumumkan hasrat mahu bersara, tahap kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan serta perebutan kuasa di Terengganu antara Datuk Seri Ahmad Said dan penggantinya, Ahmad Razif Abdul Rahman.

MB

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, yang juga presiden Umno, mahu “kapten baharu untuk mengepalai jentera di negeri-negeri tersebut,” menurut sumber yang tidak dinamakan Sunday Star.

Selain isu kesihatan, terdapat juga kebimbangan mengenai pertelagahan dalaman antara kumpulan dalaman Umno di Negeri Sembilan.

Satu lagi perebutan kuasa antara dua kem Ahmad di Terengganu menyebabkan negeri itu dalam bahaya “terlepas ke tangan PAS”, menurut laporan itu.

Laporan itu juga berkata perubahan dilihat perlu, memandangkan pilihan raya umum akan datang menjadi penentu nasib Najib dan BN.

Najib akan mengemukakan rancangannya kepada perwakilan Umno di perhimpunan agung parti itu tahun ini.

LEAVE A REPLY