Max Berek Innovation Lab

Max Berek Innovation Lab akan bakal ditubuhkan di Wetzlar, Jerman. Ia adalah hasil persetujuan dua syarikat gergasi telefon pintar dan kamera, Huawei dan Leica. Syarikat-syarikat ini akan menjalankan penyelidikan bukan sahaja dari segi pengimejan, tetapi juga kepada penyelidikan ‘virtual reality’ (VR) dan teknologi ‘augmented reality’ (AR).

Huawei mula mengambil bahagian di dalam dunia VR dengan pengenalan set kepala ringkas yang telah diumumkan pada bulan April lepas. Penggunaan lensa berteknologi Leica selepas ini pastinya akan membantu dalam mewujudkan lebih banyak perkhidmatan VR berkualiti tinggi.

Terdahulu, sebelum Apple mengumumkan fungsi kamera dwi lensa pada Iphone 7, Huawei dan Leica telah lama memperkenalkan penggunaan dwi lensa. Hasil kerjasama mereka, terhasillah sebuah telefon pintar dwi kamera yang diberi nama Huawei P9 itu. Huawei P9 telah diterima baik pengguna, dan ini membuka jalan kepada kedua-dua syarikat ini untuk membawa kerjasama mereka ke peringkat seterusnya – bergerak bersama-sama. Justeru, wujudlah sebuah kemudahan penyelidikan Max Berek Innovation Lab yang akan digunakan secara bersama bersama di Jerman.

Anda pasti boleh menjangkakan lebih banyak peranti pintar diperkenalkan hasil kerjasama Leica-Huawei tidak lama lagi; sama ada mereka akan kekal dengan sistem warna / monokrom atau bertukar kepada ‘multiple focal-length one’, atau sesuatu yang sama sekali berbeza. Apa pun, hasil penyelidikan bersama di dalam makmal baru ini pasti menghasilkan sesuatu yang baharu dan menarik.

Makmal ini diberi nama Max Berek sempena nama salah seorang jurutera terawal Leica dan pencipta kanta Leica pertama. Beliau meninggal dunia pada tahun 1949 setelah memberikan banyak sumbangan kepada kemajuan Leica.

LEAVE A REPLY