MASJID
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan masjid dan musallah di bawah pengurusan Kerajaan Persekutuan supaya mengadakan Solat Jenazah Ghaib untuk Datuk Dr Haron Din sebaik sahaja semua urusan berkaitan di Amerika Syarikat disempurnakan.
Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia di California pagi tadi selepas berada dalam keadaan koma susulan masalah rawatan jantung di Hospital Stanford Universiti, San Francisco.
Jamil mengucapkan takziah di atas pemergian Haron Din dalam satu kenyataan hari ini.

20160916-haron-din-meninggal-dunia

“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, negara kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa bakti kepada agama dan negara.

Saya menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar dapat mengadakan Solat Jenazah Ghaib sebaik sahaja mendapat maklum bahawa urusan-urusan berkaitan di sana telahpun disempurnakan.

“Di kesempatan ini, saya memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri agar dapat meminta seluruh masjid di negeri masing-masing untuk sama-sama melaksanakan Solat Jenazah Ghaib.”

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Haron Din dan berharap mereka bersabar dan tabah mengharungi pemergiannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here