maradona

BUENOS AIRES: Legenda bola sepak Argentina, Maradona mengakui lebih menggemari bintang senegaranya, Lionel Messi berbanding kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang disifatkannya sebagai pemain ‘ajaib’.

“Saya tidak ingat bila saat melihat Lionel Messi bermain dengan teruk,” kata Maradona kepada TyCSports.

“Saya lebih suka Messi berbanding Cristiano Ronaldo, tapi saya mengakui Ronaldo macam `haiwan’.

Dia ajaib,” kata wira Piala Dunia 1986 itu.

Bercakap dari Dubai yang menjadi kediamannya ketika ini, Maradona gembira jika Ronaldo yang berasal dari Portugal adalah warga Argentina.

“Dia mengingatkan saya terhadap Gabriel Batistuta,” kata penyerang Argentina yang membintangi tiga final Piala Dunia.

“Sebaik mendapat bola, Ronaldo akan membuat jaringan.”

Mengenai Messi, Maradona berkata pemain Barcelona itu tetap pemain terbaik dunia meskipun tidak memenangi Piala Dunia.

“Dia belum mampu memenangi Piala Dunia. Anda memerlukan pasukan yang mantap untuk itu. “Sejarah bola sepak akan mengingati Messi,” kata Maradona. – AFP

1 COMMENT

  1. bila berdiri tengah padang.. dalam kepala otak kena fokus apa peranan yang patut dibuat.. bila tersusun strategi baru boleh jaringkan gol.. cuba tengok pemain malaysia dapat bola.. apa yang diorang buat?? lintang-pukang bola tu pergi.. tendang bola entah mana hala perginya.. nak tendang bola dekat ke jauh ada impactnya.. bukan main sepak je.. well.. main bola perlukan stamina untuk lari dan lari buat masa yang lama.. so lari sikit dah tercungap semput.. layak jadi penonton je la jerit gol.. p/s malaysia ranking fifa 155.. bottom 50.. penaja sekalian silalah sponsor kelab bola sepak malaysia.. pemain bola sepak ni memang tumpu sungguh bola sepak, tak fikir sukan lain dah..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here