manny

Petinju legenda Filipina, Manny Pacquiao mengesahkan akan kembali ke gelanggang  untuk bertarung dengan juara welterweight WBO, Jessie Vargas pada 5 November ini di Las Vegas.

Pacquiao yang kini bergelar Senator Filipina mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut memberitahu, dia akan menjalani kem latihan di negaranya agar dalam masa yang sama dia boleh mengikuti kerja-kerja perundangan seperti mana yang dijanjikan ketika kempen pengundiannya sebelum ini.

Penasihatnya, Michael Koncz berkata, promosi jelajah untuk pertarungan itu akan bermula pada 8-10 September di Los Angeles dan selepas itu Pacquiao dan pasukannya akan kembali ke Filipina bagi meneruskan tugasnya di Dewan Senat.

Ikon tinju Filipina yang berusia 37 tahun itu mengakui begitu teruja untuk kembali ke gelanggang selepas membuat keputusan bersara sebelum ini.

Jelasnya, keputusan untuk kembali bertinju adalah untuk menambah pendapatannya.

image via CBC Sports

“Ya, pertarungan akan diadakan. Saya bersetuju akan bertarung pada 5 November dengan juara bertahan welterweight WBO, Jessie Vargas Jessie Vargas.

“Tinju adalah minat saya. Saya rindukan suasana di gimnasium dan di atas gelanggang,” jelas Pacquiao yang terkenal dengan gelaran ‘Pac-Man.

Dalam pada itu Pacquiao yang berasal dari sebuah keluarga miskin mengakui tinju adalah punca utama pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada gaji sebagai penjawat awam.

LEAVE A REPLY