rogol

Biarpun di bulan Ramadan, namun akibat nafsu yang membuak-buak seorang remaja telah di rogol bergilir-gilir oleh 6 orang lelaki di Kelantan.

Remaja perempuan berusia 17 tahun telah dirogol oleh enam lelaki termasuk teman lelakinya antara jam 11.45 malam hingga 4 pagi 3 Jun lalu.

Empat suspek telah ditahan polis di rumah masing-masing dan menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, pihaknya memburu dua lagi lelaki yang masih bebas.

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun.

Menurutnya lagi, kejadian rogol tersebut berlaku di sebuah pondok di Tok Uban selepas mangsa dibawa oleh teman lelakinya yang berusia 21 tahun.

“Mangsa dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah pada 4 pagi semalam. Mangsa tampil membuat laporan polis bersama ibunya,” katanya.

Mangsa sebelum itu mendapat keizinan ibunya untuk keluar bersama teman lelakinya itu yang bertujuan kononnya mahu membawa mangsa makan colek di kedai berhampiran.

“Teman lelakinya itu bagaimanapun membawa mangsa dengan menaiki motosikal di lokasi berhampiran kubur dan berjumpa dengan sekumpulan lelaki di sebuah pondok,” tambahnya lagi.

Suspek dilihat bercakap dengan kumpulan lelaki itu sebelum mereka meluru ke arah mangsa dan memengangnya menyebabkan mangsa menjerit dan kemudian dirogol beramai-ramai.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375 B Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Apa yang lebih memilukan adalah mangsa menjerit sekuat hati, namun rintihannya tidak diendahkan. Malah, diugut untuk diletupkan mercun bola ke dalam mulutnya.

Tiga suspek yang ditahan didapati positif dadah dan polis sedang giat mengesan teman lelaki mangsa dan seorang lagi rakannya yang berusia 20 tahun.

Bagaimanapun, laporan seemalam memberitahu, teman lelaki remaja tersebut datang menyerah kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek yang juga teman lelaki mangsa ditahan ketika datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Pasir Mas.

Baca lagi: Dera, Buli: Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here