manchester

Mourinho terpaksa akur dengan kekalahan pertamanya sebagai pengurus Manchester United pada aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Borussia Dortmund di Shanghai pada Jumaat malam.

Pada 20 minit pertama perlawanan tersebut, kedua-dua kelab tampil dengan aksi permainan seimbang dalam keadaan cuaca panas.

Namun semuanya mula berubah selepas itu apabila Sam Johnstone gagal menghalang sepakan percuma Pierre-Emerick Aubameyang yang menyaksikan Gonzalo Castro melengkapkan tendangan gol ke gawang United.

Selepas itu, Aubameyang memberi gol kedua untuk Dortmund pada minit ke-35 menerusi sepakan penalti.

image via BBC

Barisan pemain Mourinho gagal menyekat serangan Dortmund apabila sekali lagi gawang United dibolosi dengan percubaan Ousmane Dembele.

Bagaimanapun, Henrikh Mkhitaryan berjaya menewaskan bekas rakan sepasukannya di Dortmund sebelum ini sekaligus merapatkan jurang mata United pada minit ke-59.

Jaringan Mkhitaryan itu sedikit sebanyak membuktikan perpindahan ke United bernilai 26.3 juta pound ini tidak disia-siakan.

Jaringan satu gol dari United tidak menggugat corak permainan anak buah Thomas Tuchel ini yang lebih bijak mengawal cuaca panas itu.

Castro memastikan kelabnya mencatat kemenangan selesa dengan empat jaringan dan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini.

Secara keseluruhannya, Mourinho masih lagi dalam percubaan menyusun barisan baharu skuadnya.

Senarai pemain:

Manchester United: Johnstone; Valencia, Bailly, Jones, Shaw; Blind, Herrera; Mata, Mkhitaryan, Lingard; Depay.

Borussia Dortmund: Weidenfeller; Passlack, Sokratis, Bender, Schmelzer; Castro, Rode; Dembele, Ramos, Kagawa; Aubameyang.

LEAVE A REPLY