Malaysia Tidak

SYDNEY — Malaysia tidak berhasrat untuk membawa pulang jenazah ketua militan Daesh Asia Tenggara Muhammad Wanndy Mohamed Jedi yang disahkan terbunuh di Syria, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, beliau berkata keluarga Muhammad Wanndy boleh berbuat demikian dengan perlu berbincang dan berurusan dengan pihak berkuasa di Syria.

“Kerajaan Malaysia telah dimaklumkan oleh pihak risikan antarabangsa berkenaan kematian Muhammad Wanndy dalam satu serangan dron.

Kerajaan Malaysia) tidak ada perancangan untuk membawa pulang jenazahnya. Pihak keluarga (Muhammad Wanndy) boleh berbincang dengan pihak berkuasa di sana (Syria) (untuk membawa pulang jenazah),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan kini dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Australia bermula Ahad lepas, berkata demikian kepada pemberita Malaysia di sini, hari ini ketika ditanya tentang warga Malaysia itu yang dilaporkan terbunuh dalam satu serangan di Raqqa, Syria pada 29 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara itu di laman rasmi Twitter semalam selepas membuat penelitian terhadap maklumat yang diperoleh.

Pada 29 April lepas, berita kematian Muhammad Wanndy tular di laman sosial selepas isterinya Nor Mahmudah Ahmad, 28, memuat naik status dalam laman Facebook memaklumkan suaminya itu meninggal dunia dalam satu serangan dron.

— BERNAMA

SHARE
Previous articlePakatan Harapan Terima Banyak Cadangan Logo
Next articleKepentingan Rakyat Perlu Diutamakan – Biro Pekerja AMK
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here