Sumber imej: BHOnline

Malaysia terus komited untuk menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina sehingga keamanan serta kemakmuran dicapai di wilayah selatan negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan berkata, Malaysia akan kekal memainkan peranan itu sehingga diperlukan tetapi pada masa sama, menghormati kedaulatan negara lain dan menganggap adalah salah bagi kuasa luar mencampuri urusan dalaman sesebuah negara.

FASILITATOR Proses Perdamaian antara Kerajaan Filipina dan MILF, Tengku Datuk Ab Gaffar Tengku Mohamed semasa sesi bergambar pada majlis Pelancaran Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao, hari ini, Pengerusi MILF, Murad Ebrahim, dan Penasihat Presiden bagi Proses Perdamaian, Jesus Dureza. – Sumber Foto BERNAMA

“Bagaimanapun, apabila ada permintaan daripada kerajaan yang dianggap sebagai kawan dan jiran, kita (Malaysia) gembira untuk memberi apa sahaja bantuan yang mungkin. “Resolusi aman bagi mengakhiri konflik yang sudah berdekad lamanya berterusan dan mengorbankan puluhan ribu nyawa ini adalah satu pencapaian bersejarah.

Malaysia bangga dapat membantu rundingan yang dapat meningkatkan keselamatan dan kestabilan di Mindanao, Filipina dan rantau ini. “Kesungguhan Presiden (Filipina), Rodrigo Duterte dan wawasannya dalam mewujudkan pelan rundingan damai yang baharu ini adalah amat penting,” katanya.

Pagi tadi, berlangsung Majlis Perasmian Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao, yang dihadiri Penasihat Presiden Filipina Mengenai Proses Damai, Jesus Dureza; Pengerusi MILF, Murad Ebrahim serta Fasilitator Proses Damai Antara Kerajaan Filipina dan MILF, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed, di Kuala Lumpur.

Najib berkata beliau bangga dengan perkembangan program dua hari itu, yang menyaksikan pelancaran secara rasmi Fasa Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif Berkaitan Bangsamoro.

Di samping mengakui cabaran yang akan wujud, beliau tetap yakin di bawah kepimpinan Presiden Duterte dan kegigihan Malaysia sebagai pengantara yang ikhlas, era pembangunan serta kemakmuran di wilayah selatan Filipina dapat dicapai.

SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articleTW3: Wild Hunt Edisi Lengkap Tiba 30 Ogos Ini
Next articleRinggit Dijangka Mengukuh Hasil Pemulihan Harga Minyak
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY