Sumber foto: BHOnline

Malaysia dan Singapura hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, sekali gus menandakan komitmen kedua-dua negara untuk menjayakan projek ikonik itu.

Sumber foto: channelnewsasia.com

MoU berkenaan ditandatangani Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur Singapura, Khaw Boon Wan yang juga Menteri Pengangkutan negara itu, dengan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Projek HSR, yang disasarkan memulakan operasi pada 2026, akan mempunyai lapan stesen iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Landasan sepanjang 350 kilometer (km) itu akan mengurangkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada hanya 90 minit dengan kelajuan melebihi 300km sejam.

Kedua-dua kerajaan itu akan menawarkan tender antarabangsa pada Ogos 2016 untuk melantik rakan kongsi pembinaan bersama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here