Sumber imej: img.okezone.com

Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju untuk mencapai kemungkinan ‘memasuki’ perairan maritim jiran mereka bagi menangani cabaran keselamatan semasa di rantau ini.

Ketiga-tiga negara juga mahu melihat perkongsian perisikan peringkat tinggi selain mengadakan latihan keselamatan maritim di kawasan keprihatinan bersama.

Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan susulan mesyuarat menteri pertahanan tiga pihak di Bali, Indonesia semalam.

Deklarasi bersama Menteri Luar dan Angkatan Tentera Malaysia, Indonesia, Filipina di Istana Kepresidenan Yogyakarta. Sumber foto: setkab.go.id/

Mesyuarat dihadiri Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Indonesia, Jen (B) Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha Pertahanan Kebangsaan Filipina, Delfin N Lorenzana.

“Para menteri membangkitkan keprihatinan mengenai insiden berulang rompakan bersenjata di laut dan penculikan oleh kumpulan radikal di kawasan maritim bersama,” kata kenyataan itu.

Ia berkata para menteri berkenaan turut memperkukuh komitmen dan keperluan memberi respons secara kolektif ketiga-tiga negara dalam menangani ancaman sedemikian.

Inisiatif The Eyes-in-the-Sky (EiS) antara Malaysia, Indonesia dan Singapura di Perairan Selat Melaka dilihat telah berjaya mengurangkan kegiatan dan ancaman rompakan di laut serta aktiviti yang berkaitan dengan perlanunan di laut. Sumber imej: mindef.gov.sg

Mereka bersetuju untuk meneroka lebih lanjut prosedur pengoperasian standard (SOP) mentadbir koridor transit, pengawasan laut, konsep perondaan Selat Melaka (MSP) dan konsep ‘mata di langit’.

Ketiga-tiga negara juga melihat kemungkinan pemasangan mandatori Sistem Pengenalan Automatik kepada semua vesel yang belayar di koridor transit.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditawarkan pesawat C295 untuk melaksanakan operasi rondaan dan pemantauan maritim oleh syarikat AIRBUS. Sumber foto: airbusdefenceandspace.com

Turut dilihat ialah menyelaras aktiviti tiga pihak dalam kalangan angkatan tentera, kata kenyataan tersebut.

Yang akan turut dibuat kajian seterusnya ialah mengadakan pegawai perhubungan dalam pusat pemerintah kenteraan masing-masing bagi menyelaras, berkongsi maklumat dan kesedaran domain maritim.

Sebagai tambahan, para menteri berkenaan menekankan pendirian mereka untuk memerangi keganasan ekstrem dan keganasan yang dilakuan pertubuhan seperti Daesh.

LEAVE A REPLY