china

ISU lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke negara China dalam minggu ini nampaknya mendapat perhatian ramai pemerhati politik.

Sebelum menulis panjang, penulis lebih suka membawa isu ini dalam bentuk yang lebih tenang dan mudah dibaca rencananya agar kita lebih terbuka dalam menilai isu yang dibangkitkan.

Sebenarnya tiada masalah untuk kita berpendirian positif, pesemis, optimis mahupun skeptikal mengenai perkara yang dibangkitkan.

Namun dalam kita bersedia untuk memilih arah mana pandangan untuk diutarakan, sewajarnya kita melihat isu ini dalam konteks yang lebih luas dan terbuka.

Negara China sudah lama menjalin hubungan dagang dengan kita. Hubungan dagang kita dengan China tidak perlu dianggap sebagai dominasi, sebaliknya haruslah dianggap sebagai peluang.

Peluang dalam ertikata di kala negara lain juga ( pada tahun 2016) berebut menjalin hubungan dengan China, jadi mengapa kita tidak melakukan perkara yang sama?

CHN34_011116_PM DI CHINA

Pada Januari 2016, Presiden Indonesia Joko Widodo telah merasmikan projek bersama Indonesia-China dalam pembinaan keretapi laju yang menghubungkan Jakarta-Bandung.

Projek ekonomi sejauh 142.3km ini menelan belanja RM24.1b dan merupakan kerjasama antara gabungan empat syarikat indonesia dan China Railway Intl.

Ia adalah projek penting bagi Joko Widodo dan Indonesia khasnya, yang telah menjamin untuk membaik pulih infrastruktur usang kepulauan itu dalam bidaan untuk menarik para pelabur dan merangsang pertumbuhan dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara, yang tahun lepas menurun sebanyak lima (5) peratus.

Presiden Xi Jinping pada januari 2016 telah melakukan lawatan kerja ke tiga buah negara Arab.

Antara lawatan kerja lima hari beliau adalah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi, Iran dan Mesir.

 

Dalam lawatan penuh bersejarah ini, Xi Jinping mengingatkan semula kepada semua mengenai keperluan mewujudkan kestabilan di rantau Arab lantas perlu segera mengalihkan semula fokus mereka dalam membentuk semula jajaran ekonomi yang baru di antara Arab dan China.

_87793353_87793350

Lawatan yang digelar ‘The Belt And Road Initiative’ ini telah mewujudkan sebanyak 52 perjanjian ekonomi yang konstruktif yang melibatkan kepelbagaian sektor ekonomi seperti gas dan minyak, pembinaan landasan keretapi, keselamatan dan sebagainya.

Jelas kehadiran perhubungan dagang negara China dengan beberapa negara di Asia Tenggara dan Arab membawa banyak implikasi kesan ekonomi yang positif.

Perdana Menteri Malaysia dalam lawatannya ke China telah berjaya membawa hampir RM144 bilion jumlah perjanjian bilateral ekonomi. 14 buah projek ataupun perjanjian ditandatangani dan keseluruhannya merangkumi aspek infrastruktur, pertanian, IT dan lain-lain.

Pada tahun 1974, kita telah memulakan langkah permulaan bekerjasama dengan negara China dalam menjalin hubungan diplomatik.

Kemudiannya ia lebih fokus dan terikat dalam bentuk kerjasama ekonomi dan sehingga kini jumlah dagangan antara Malaysia dan China sudah meningkat menjadi RM100 bil secara keseluruhannya.

Dalam perjanjian ekonomi penting ini, penulis teruja melihat akan bakal terlaksananya projek ECRL iaitu pembinaan Laluan Keretapi Pantai Timur yang bakal menghubungkan antara Selangor (laluan Pelabuhan Klang) ke negeri Kelantan (Kota Bharu).

Foto oleh FMT
Foto oleh FMT

Projek ini amat penting dalam mempercepatkan jalinan hubungan darat antara Pantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung.

Pembinaan ECRL ini dilihat sebagai alternatif penting dalam memangkinkan pembangunan bandar-bandar di pesisir Pantai Timur .

Selain alternatif sebagai gantian lebuhraya ( Karak dan LPT) ianya dijangka mampu mempercepatkan lagi perjalanan antara negeri ke negeri.

Penulis menjangkakan limpahan ekonomi, pembangunan bandar baru selain nilai komersil setempat bakal meningkat dengan terlaksananya ECRL ini.

Bandar dan pekan seperti Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kuala Trengganu dan Kota Baharu punyai potensi lebih besar dalam menarik pelabur dan pelancong .

Pelabuhan Kuantan mampu mempertingkatkan kapasiti aliran keluar masuk barang dagangan yang pasti sektor pelancongan dijangka akan tumbuh dengan lebih pesat lagi.

Yang pasti rakyat secara khususnya akan banyak mendapat manfaat ekonomi dalam isu ini.

Dalam situasi ekonomi sekarang yang telah menjadikan China sebagai antara kuasa besar ekonomi , seharusnya kita perlu cekap dalam mempelbagaikan lagi bentuk dan jalinan kerjasama ekonomi sepertimana yang pernah kita lakukan dahulu yang bermula dengan dasar ke Barat, kemudian Dasar Ekonomi Pandang Ke Timur dan terbaru kita jalinkan kerjasama ekonomi dengan China.

Azhar Lineker adalah salah seorang pembaca setia Malaysian Access. Artikel yang ditulis adalah merupakan pandangan peribadi beliau.

LEAVE A REPLY