airlines
Foto hadapan oleh FMT

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd telah melantik Arved von zur Muehlen sebagai Ketua Pegawai Komersial berkuatkuasa mulai 5 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew, berkata Arved akan memberi tumpuan untuk membangunkan satu pelan yang menyeluruh dan mampan untuk meningkatkan pemasaran Malaysia Airlines, jualan, produk dan perkhidmatan pelanggan. Katanya, Arved mempunyai lebih 20 tahun pengalaman profesional dalam industri penerbangan dan akan menambah peluasan pemahaman berharga merentasi jualan, pemasaran dan inovasi teknologi.

airlines
Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew

“Arved akan memainkan peranan penting dalam fasa pemulihan seterusnya, memberi tumpuan kepada memulihkan kedudukan kami sebagai syarikat penerbangan antarabangsa terkemuka dan membangunkan perkhidmatan berteraskan inovatif pelanggan.

“Beliau adalah tambahan kepada pasukan berikutan kita bergerak ke hadapan dengan strategi pemasaran global kami untuk meningkatkan jualan dan mempromosikan keindahan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Arved sebelum ini merupakan Naib Presiden Kanan Operasi Rangkaian Komersial Qatar Airways yang bertanggungjawab untuk merangka strategi jualan global dan pembangunan, termasuk inovasi dan teknologi dengan sasaran pendapatan lebih AS$7 bilion.

Pengalamannya di syarikat tersebut menyaksikan beliau berjaya melancarkan beberapa projek berjaya, antaranya termasuklah pelaksanaan platform baharu jualan internet dan tempahan enjin baharu. Sebelum itu, beliau menghabiskan masa selama empat tahun dengan Swiss International Airlines sebagai Naib Presiden Jualan Antarabangsa di mana beliau bertanggungjawab antara lain untuk jualan dan pemasaran merentasi 18 pasaran dalam talian.

Arved juga menghabiskan lebih 15 tahun dengan Lufthansa Airlines yang merangkumi portfolio yang luas dalam pengurusan perolehan, jualan dan pemasaran dan meninggalkan syarikat penerbangan itu sebagai Pengarah Urusan Greater China.

Arved yang memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Johann Wolfgang-Goethe University Frankfurt mengambilalih dari CCO sekarang, Simmons yang akan meninggalkan MAB pada pertengahan September ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here