Mahkamah

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan berhubung penahanan dan perbicaraan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Panel lima hakim memutuskan rayuan pihak pendakwaan adalah cacat, kerana notis rayuan tidak tidak disampaikan kepada kedua-dua mereka selepas kes itu di dilupuskan di Mahkamah Tinggi.

“Kami bersetuju dengan pemohon bahawa mengikut Peraturan 88 (1) (Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan), adalah wajib bagi perayu (pendakwaan) menyampaikan notis rayuan.

“Pada pandangan kami, ini tidak dilakukan. Kami membenarkan permohonan (defendan) dan kedua-dua rayuan oleh pihak pendakwaan akan dibatalkan,” kata Hakim Tan Sri Hasan Lah.

Hakim lain yang bersidang sama adalah Tan Sri Abu Samah Nordin, Tan Sri Ramly Ali, Tan Sri Zaharah Ibrahim dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here