Sumber imej: MA

Editor Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown dicabar menamakan pemimpin tertinggi Pas yang didakwanya menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ganjaran menjauhkan parti itu daripada gabungan pembangkang. Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi reaksi belum membaca laporan yang dikeluarkan Sarawak Report (SR).

Mahfuz menegaskan, sekiranya Sarawak Report gagal mengemukakan bukti penyaluran dana itu, Pas tidak teragak-agak menyaman media asing berkenaan. Sumber imej: themalaymailonline.com

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Brown perlu menunjukkan bukti penyaluran dana tersebut dan mendedahkan nombor akaun bank milik pemimpin Pas yang terlibat kepada umum.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Brown perlu menunjukkan bukti penyaluran dana tersebut dan mendedahkan nombor akaun bank milik pemimpin Pas yang terlibat kepada umum. Sumber imej: klxpress.com.my

“Saya masih tidak mempercayai laporan Sarawak Report yang menuduh Pas menerima derma RM90 juta daripada Perdana Menteri, yang disalurkan melalui individu pimpinan tertinggi Pas yang tidak dinamakan.

“Jika Sarawak Report boleh dedahkan (nama dan akaun), saya percaya pimpinan Pas tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan, sama ada ia derma politik Najib kepada Pas atau untuk individu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Mahfuz menegaskan, sekiranya Sarawak Report gagal mengemukakan bukti penyaluran dana itu, Pas tidak teragak-agak menyaman media asing berkenaan.

“Pas bukan penakut dan pengecut seperti Najib dan Umno yang berulang kali kata nak ambil tindakan kepada Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report, sampai sekarang tiada tindakan diambil.

“Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah),” menurut Sarawak Report dalam laporannya. Sumber imej: facebook.com

“Sebaliknya makin banyak pendedahan WSJ dan Sarawak Report yang meyakinkan rakyat tentang kecurian wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memang benar berlaku,” ujarnya.

Mahfuz masih menaruh keyakinan tinggi terhadap pimpinannya bahawa mereka tidak melakukan perbuatan seperti itu, selaras dengan pendirian Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada pemimpin Pas yang menerajui negeri terlibat dengan rasuah.

“Namun, laporan Sarawak Report tidak boleh dipandang sepi oleh pimpinan Pas kerana ia sedikit banyak boleh mempengaruhi untuk menghakis kepercayaan rakyat terutama ahli, terhadap Pas,” katanya.

‘Saya baru balik, tak baca lagi laporan’ – Presiden PAS

“Saya baru balik… tak baca lagi… saya baru balik… serah kepada Pas Pusat,” ulang beliau ketika terus didesak soalan sama oleh pihak media yang menanti ketibaan beliau sejak jam 2.30 petang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, semalam. Sumber imej: sinarharian

“Saya baru balik… tak baca lagi.” Itu maklum balas ringkas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika diminta mengulas laporan Sarawak Report yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Hadi yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Dunia, baru pulang setelah berada hampir dua minggu di luar negara atas urusan kesatuan Islam tertinggi dunia itu juga, menyerahkan kepada Pas Pusat mengambil tindakan lanjut berhubung perkara berkenaan.

“Saya baru balik… tak baca lagi… saya baru balik… serah kepada Pas Pusat,” ulang beliau ketika terus didesak soalan sama oleh pihak media yang menanti ketibaan beliau sejak jam 2.30 petang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, semalam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pergolakan politik membabitkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, beliau turut memberikan maklum balas sama iaitu belum mengetahui secara jelas mengenai perkara berkenaan kerana baru pulang dari luar negara.

Pas Saman Sarawak Report

Menurut Tuan Ibrahim, laporan disiarkan dalam portal Sarawak Report itu hanyalah cakap-cakap kosong yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Sumber imej: FMT

Kelmarin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan berita tersebut yang tersebar selepas kenyataan itu disiarkan tidak sampai 24 jam.

Menurut Tuan Ibrahim, laporan disiarkan dalam portal Sarawak Report itu hanyalah cakap-cakap kosong yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here