sweden

Peluncur ski profesional Sweden, Matilda Rapaport maut selepas terperangkap dalam runtuhan salji di pergunungan Andes berdekatan ibu negara Chile, kata penajanya, Red Bull.

Rapaport, 30, yang meluncur salji bagi pembikinan filem di luar bandar percutian Farellones, Khamis lalu sebelum berlakunya ribut salji yang menyebabkan runtuhan.

Dia meninggal dunia di hospital selepas mengalami kekurangan oksigen dan kerosakan otak.

“Matilda adalah atlet yang menakjubkan, mengembara ke seluruh dunia dalam usaha memburu minatnya, mendaki cerun curam dan berkongsi senyumannya,” kata Red Bull dalam satu kenyataan.

Rapaport dianggap seorang daripada peluncur ski ternama dalam sukan terbabit, di mana atletnya sentiasa mendaki cerun yang curam, pergunungan yang berbatu serta tampil dalam banyak filem ski dan majalah.

Kematiannya berlaku selepas hampir dua tahun runtuhan salji di Chile yang mengorbankan legenda ternama sukan ski, Jean-Philippe Auclair dari Kanada dan Carl Andreas Fransson dari Sweden.

LEAVE A REPLY