lufya omar
Cover image via Harian Metro

Bukan lagi rahsia, penyanyi dan pelakon Lufya Omar bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama tunang tercinta, Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November ini.

Menghitung hari bakal melangkah ke jenjang pelamin yang hanya berbaki beberapa hari, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini mengakui teruja menantikan saat itu.

“Alhamdulillah persiapan sudah 90 peratus siap. Bagaimanapun, saya akui gementar menunggu hari bahagia ini kerana bimbang jika ada kekurangan memandangkan majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan di lokasi sama di ibu kota.

“Sebenarnya debaran lebih dirasai Hafiz kerana pertama kali akan berhadapan media dan tetamu yang ramai ketika majlis akad nikah nanti.

“Namun pada masa sama, saya teruja kerana dipertemukan dengan lelaki yang jujur dan sangat bersemangat menanti hari bahagia kami,” katanya.

Sambung Lufya, dia sudah bersedia menjalani kehidupan sebagai isteri.

“Kalau saya tahu perasaan untuk mendirikan rumah tangga begini, saya nak kahwin lebih awal lagi. Namun, sudah tertulis jodoh saya dengan Hafiz, sebab itu saya belum berkahwin.

“Jujur, perjalanan menempuh alam perkahwinan sangat indah selain ia sebaik-baiknya dilangsungkan secepat mungkin.

“Sebenarnya saya sudah bersedia bergelar isteri sejak mengambil keputusan berhijab setahun lalu.

“Ketika itu saya selalu menghadiri usrah dan banyak bertanya mengenai hal rumah tangga. Alhamdulillah, jika dulu sebelum berhijab tak pernah fikir soal berkahwin tetapi sekarang rasa rugi tak kahwin awal,” kata Lufya yang bakal menggayakan busana rekaan Amir Kadir pada hari bahagianya.

Ditanya tidakkah dia bimbang andai keputusan mendirikan rumah tangga akan memberi kesan pada karier seninya yang sedar mekar selepas drama lakonannya, Umairah mendapat sambutan, Lufya berka dia percaya pada rezeki.

“Saya percaya peminat mahu tengok saya bahagia. Ramai yang mengikuti perkembangan saya sejak Akademi Fantasia selalu bertanya bila mahu tamatkan zaman bujang.

“Lagipun saya percaya rezeki daripada Allah. Saya tidak akan berhenti berlakon selepas berkahwin. Bakal suami sibuk dengan kerjayanya, jadi saya pun kena sibukkan diri,” katanya.

Baca lagi: Lufya Omar Percaya pada Rezeki

LEAVE A REPLY