Liya Maisarah
Cover image via ERA fm

Percaya atau tidak anak kecil yang baru berusia 12 tahun ini yang bernama Liya Maisarah mempunyai hampir 100 ribu pengikut di Instagram.  Apa istimewanya tentang adik ni?

Walaupun baru sahaja berusia 12 tahun, tetapi adik Liya Maisarah ini sudah pandai mengenakan gaya solekan muslimah yang bersederhana tetapi tetap menawan.

liya maisarah
Image via ERA fm

Menggunakan username di Instagram sebagai @liyamaisarah_, setiap gambar yang dimuatnaik olehnya pasti akan mendapat beribu-ribu “likes”.

Dengan memiliki pengikut hampir 100 ribu, peluang ini digunakan sebaik-baiknya oleh adik Liya Maisarah untuk menambahkan pendapatan. Dia juga menawarkan perkhidmatan pengiklanan dan membuat testimoni produk-produk baru di akaun Instagramnya.

Ada juga Netizen yang berpendapat Liya masih mentah lagi untuk melibatkan diri dalam bidang kecantikan dan solekan kerana usianya yang masih muda kerana kebiasaannya kanak-kanak yang sebayanya mungkin akan menghabiskan waktu mereka mengulangkaji pelajaran ataupun bermain bersama rakan-rakan.

liya maisarah
Image via ERA fm

Tetapi jika hendak di bandingkan pada era digital ini, kebiasaannya budak berusia 8 tahun mungkin sudah mempunyai akaun media sosial mereka sendiri seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Tidak hairanlah jika adik Liya Maisarah mempunyai hampir 100 ribu pengikut di Instagram di tambah pula mempunyai rupa paras yang menawan dan jelita.  Dari sudut positif, adik Liya Maisarah sudah mampu mencari pendapatan sendiri di kala usianya yang masih muda menggunakan kelebihan di era digital ini.

LEAVE A REPLY