Lionel Messi

Bintang Barcelona, Lionel Messi dilaporkan telah menolak kontrak baharu yang ditawarkan oleh kelabnya Barcelona.

Situasi ini membuatkan Manchester City didakwa cuba memanfaatkan peluang untuk membawa Messi ke Stadium Etihad.

Memetik laporan akhbar tempatan Marca, Messi secara rasmi akan meneliti semula lanjutan kontrak yang ditawarkan Barcelona bagi memastikan pemain itu terus berada di Camp Nou.

Kontrak Messi akan berakhir pada 30 Julai 2018.

Messi memberikan beberapa alasan untuk meneliti semula kontrak itu termasuklah ingin memberi fokus bagi membawa Barcelona menjadi juara di semua perlawanan musim 2016/17.

Selain itu, pemain Argentina ini juga berkata dia ingin memberi tumpuan untuk menyelesaikan kes mahkamah berhubung kes penipuan cukai yang dikaitkan baru-baru ini.

Manchester Evening News melaporkan situasi tersebut cuba dimanfaatkan Manchester City untuk menerbangkan Messi ke Stadium Etihad.

Man City dikatakan akan menawarkan kertas kerja cadangan tawaran rasmi kepada Barcelona untuk mendapatkan Messi awal musim depan.

Pep Guardiola juga tidak bermasalah untuk membawa masuk Messi dalam pasukannya kerana dia sejak awal lagi memang sudah berminat dengan Messi.

“Saya berharap dia benar-benar dapat bermain di Manchester City. Tapi, saya juga berharap dia dapat menghabiskan kariernya di Barcelona,” kata Guardiola.

LEAVE A REPLY