Lin Dan

SINGAPURA: Bintang badminton China, Lin Dan membuat permohonan maaf berikutan skandalnya bersama seorang model terbongkar ketika isterinya sedang mengandung.

Beberapa keping gambar ‘panas’ Lin Dan dan wanita itu tersebar selepas dimuat naik di laman sosial Weibo, pada Khamis.

Gambar-gambar tersebut didakwa diambil pada Oktober lalu dan dimuat naik oleh ‘Detective Zhao’ di  Weibo yang merupakan laman sosial terkenal dengan perkembangan atau gosip selebriti.

China.Org melaporkan, blogger yang dikenali sebagai detektif Zhao Wu’er menyiarkan beberapa keping gambar Lin Dan bersama-sama seorang wanita misteri menerusi blognya hari ini.

Blogger tersebut berkata, dia melihat wanita itu memegang tangan Lin Dan dan membawanya pulang ke rumah wanita tersebut sebelum menghabiskan masa selama dua jam bersama.

Katanya, dia menemui Lin Dan bersama-sama dengan seorang wanita pada pertengahan September di sebuah restoran terkemuka.

Oktober lalu, juara badminton pada Sukan Olimpik di Rio baru-baru ini mengambil bahagian dalam kejohanan badminton kebangsaan di Guangdong, China.

Secara kebetulan, penulis blog tersebut melihat Lin Dan sekali lagi memikat wanita tersebut dan mereka berdua kemudian pergi ke hotel bersama.

Gambar keintiman Lin Dan dan wanita tersebut berjaya dirakam blogger tersebut dan dimuat naik dalam blognya sebelum tersebar di laman sosial terkenal China iaitu Weibo.

Lin Dan

Isteri Lin Dan yang juga bekas pemain badminton, Xie Xingfang selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 November lalu. Xingfang, 35, juga merupakan juara dunia dua kali pada kejohanan badminton dunia dan pasangan tersebut menerima jolokan pasangan emas China.

Lin Dan,33 dan Xie,35, berkahwin pada tahun 2012.

Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan Lin Dan itu merupakan seorang model dan aktres dikenali sebagai Zhao Yaqi.

Sebaik sahaja gambar -gambar tersebut tersebar, Lin Dan segera memohon maaf di Weibo dalam bahasa Cina: “Sebagai seorang lelaki, saya tidak mencari alasan untuk diri sendiri, tetapi kelakuan saya ini telah melukakan keluarga saya. Di sini saya memohon maaf kepada mereka.”

Lin Dan atau terkenal dengan gelaran ‘Super Dan’ merupakan juara dunia lima kali serta pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2012.

Dia kini menduduki ranking ketiga dunia di belakang pemain negara, Datuk Lee Chong Wei, manakala tempat kedua pula dikuasai rakan senegaranya, Chen Long.-The Straits Times/Asia News Network.

 

LEAVE A REPLY