guan eng
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam mencabar usul undi tidak percaya dilakukan terhadapnya bagi mengukur tahap sokongan.

Beliau pada masa sama menegaskan tidak gentar dengan tindakan pihak pembangkang di Pulau Pinang dan menyifatkan ia sebagai amalan demokrasi.

“Sekiranya ada usul undi tidak percaya, kami dalam Pakatan Harapan akan menghadapinya, kami tidak akan lari daripada undi tidak percaya seperti yang berlaku di Parlimen.

“Kami akan berdepan dengannya dan ia harus dibenarkan kerana ini satu proses demokrasi,” katanya pada sidang media di sini.

guan eng
Teng Chang Yeow (kiri) dan Lim Guan Eng

Guan Eng berkata demikian bagi mengulas gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mahu kerajaan negeri memanggil sidang Dewan Undangan Negeri tergempar untuk meluluskan undi percaya kepada Ketua Menteri.

Menurut Chang Yeow sekiranya usul tersebut diluluskan, Guan Eng boleh kekal sebagai Ketua Menteri sehingga perbicaraan kes rasuahnya selesai.

Gesaan dibuat susulan keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang membatalkan hasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) awal selepas tidak mendapat persetujuan daripada PRK.

Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng.

LEAVE A REPLY