Sumber imej: nst.com.my

Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini, dilaporkan memanggil mesyuarat khas EXCO bagi membincangkan kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan.

Mesyuarat Khas EXCO

Ketua Menteri Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dan ahli EXCO Chow Kon Yeow berada di Lapangan Terbang Subang pada pagi tadi. Sumber foto: facebook.com

Mesyuarat yang dijadual berlangsung di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada jam 12 tengah hari ini, dijangka turut dihadiri semua Ahli Parlimen Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan dan Ahli Jawatankuasa DAP negeri.

Pintu Masuk Ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Ditutup

Ketika ini semua pintu masuk ke lobi Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR dikawal rapi pengawal keselamatan dan pihak tidak berkaitan tidak dibenarkan masuk. Pengawal keselamatan turut berada di luar Pejabat Ketua Menteri di Tingkat 28 KOMTAR.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY