Lightroom Android

Lightroom Android kini mempunyai sokongan penuh format RAW, setelah pengguna iOS telah menikmati sokongan penuh RAW dalam aplikasi mudah alih Lightroom Adobe sejak musim panas lepas. Sejak itu, pengguna setia Android terpaksa berpuas hati dengan format tersendiri DNG RAW keluaran syarikat tersebut.

Terima kasih kepada kemaskini terbaru untuk perisian tersebut hari ini, di mana pengguna Android kini akan mendapat fungsi yang sama. Adobe telah merombak versi Lightroom mudah alih untuk memasukkan teknologi sokongan RAW penuh bagi preview gambar. Ciri-ciri baru itu termasuk keupayaan untuk menyambung kamera terus ke telefon atau tablet untuk mengakses fail jika anda mempunyai kabel yang diperlukan untuk berbuat demikian.

Seperti yang anda jangkakan, kemaskini terbaru itu juga bermakna bahawa anda akan dapat mengedit fail RAW beresolusi penuh dengan menggunakan aplikasi Lightroom mudah alih versi Android. Adobe mengatakan bahawa aplikasi ini akan berfungsi sempurna sebagaimana semua format fail versi desktop, dan sebagai tambahan kepada Adobe Camera RAW. Syarikat itu juga menjelaskan bahawa terdapat fungsi-fungsi baru yang membolehkan anda untuk mengedit imbangan putih (white balance), mengakses maklumat warna secara terperinci, mengedit ‘compressed files’ dan lain-lain dengan aplikasi mudah alih ini menggunakan teknologi yang sama sebagaimana aplikasi ini bekerja pada versi desktop Lightroom.

Mana-mana fail yang diimport ke peranti mudah alih anda akan di’sync’ merentasi semua versi aplikasi mengedit gambar supaya anda dapat menggunakan gambar-gambar tersebut di mana saja anda memerlukannya. Lightroom versi telefon bimbit ini juga berupaya melabel fail RAW anda, supaya anda tidak tersalah memilih gambar yang beresolusi rendah semasa melakukan proses pengeditan. Versi terkini Lightroom mudah alih untuk Android kini boleh didapati melalui Google Play.

Untuk aplikasi Lightroom di laman sesawang, Adobe memberi pengguna lebih banyak fungsi untuk tujuan perkongsian. Anda kini boleh menambah ‘image header’ untuk koleksi dan membahagikan kumpulan imej ke beberapa bahagian. Sebaik sahaja anda berbuat demikian, anda boleh juga memasukkan butiran lain mengenai bahagian-bahagian mengikut keperluan semasa. Apabila tiba masanya untuk menambah fail ke Adobe Portfolio anda, anda boleh melakukannya terus dari Lightroom versi laman sesawang.

LEAVE A REPLY