Liga Perdana Inggeris

Mari kita lihat lima kekecewaan yang berlaku di Liga Perdana Inggeris musim ini.

1. Dimitri Payet

Liga Perdana Inggeris

Pemain ulung musim lepas (dan kesayangan pengurus bolasepak fantasi) diserapkan semula secara perlahan ke dalam pasukan West Ham selepas penglibatannya dalam kecemerlangan France sewaktu perlawanan Euro, tetapi mendapati West Ham kini bergelut pelbagai masalah.

Pertahanan Hammers kucar kacir, dan kualiti serangan tidak konsisten (walaupun dengan usaha Michail Antonio).  Memang antara sebabnya adalah ketiadaan beberapa pemain yang penting (seperti Cresswell, Ayew, dan Payet sendiri), namun prestasi mereka tetap terlalu hambar sehinggakan Payet dikhabarkan mahu meninggalkan West Ham pada bulan Januari. Payet semakin kesuntukan masa (umurnya 30 tahun depan). Kalau dia tidak dapat mempamerkan kemahirannya sekarang, kejatuhannya nanti akan sepantas kebangkitannya dahulu.

2. Paul Pogba

Liga Perdana InggerisBiasalah, sebagai pemain dengan harga tertinggi di dunia (lebih mahal dari Cristiano Ronaldo atau Christian Bale), jangkaan semua adalah untuk Pogba masuk ke Manchester United dan terus cemerlang. Tetapi, setelah hampir 1/3 musim telah berlalu, prestasi Pogba masih belum lagi di tahap yang diharapkan, dan dia tidak dibantu oleh aksi hambar pemain di sekelilingnya.

Bagaimanapun, permainan terakhirnya sudah mula nampak tanda-tanda peningkatan, jadi kita tunggu dan lihat. Lebih cepat Jose Mourinho menyelesaikan cara bermain untuk Manchester United yang membolehkan Pogba bermain pada tahap maksimum, lebih cepat prestasinya akan bertambah baik.

3. Jose Mourinho

Liga Perdana Inggeris

Bukan dari segi pengurusannya, meskipun nampak seperti Manchester United kurang cemerlang, mereka tetap di tangga ke enam ketika ini. Tidaklah sebaik yang diharapkan, tetapi tidak juga seburuk seperti yang sering diperkatakan media. Dan sejarah telah membuktikan Mourinho masih mampu memperbaiki prestasi Manchester United, kalau tidak musim ini, musim hadapan.

Tetapi ini lebih kepada Mourinho sendiri. Satu ketika dahulu, semua menantikan kata-katanya yang pasti menarik. Kata-kata yang sentiasa menghiburkan, penuh kreativiti dan dijadikan bahan perbualan di media. Tidak lagi. Kini, dia selalu suram, jarang senyum, mengkritik pemainnya sendiri dan sekarang pula menuduh pemainnya tidak cukup berani untuk bermain dengan kecederaan. Chris Smalling salah seorang darinya, tetapi kini dia telah patah jari kakinya, dan ini memalukan Mourinho sendiri.

4. Odion Ighalo

Liga Perdana Inggeris

Di manakah hilangnya striker yang hangat pada pertengahan pertama musim lalu (13 gol dalam 5 bulan). Walaupun Watford kini di tangga ke 8 musim ini dengan cukup berkesan, namun sumbangan Ighalo dari segi gol terhad kepada 1 gol dan 1 assist, itupun dalam perlawanan yang sama (perlawanan 4-2 menentang West Ham).

2016 memang tahun yang buruk untuk Ighalo, gol semakin susah dicari dengan hanya 2 gol dari Januari hingga akhir musim lepas. Teori dahulu adalah Watford berhenti berjuang sepenuh hati setelah mereka mencapai mata yang diperlukan untuk memastikan mereka dapat beraksi dalam Premier League untuk musim seterusnya, tetapi penjelasan ini tidak dapat digunakan untuk Ighalo musim ini.

5. Swansea City

Liga Perdana Inggeris

Sejujurnya saya agak simpati dengan Swansea. Tidak lama dahulu, Swansea selalu diperkatakan sebagai satu contoh pengurusan kelab yang baik untuk kelab-kelab lain ikuti. Mereka dapat menjual pemain mereka yang kuat tetapi juga berjaya membawa masuk pemain yang berkualiti dengan harga yang tidak mahal. Sejak mereka naik ke Premier League 5 tahun yang lalu, mereka tidak pernah habis di tangga kurang dari tangga ke 12, walaupun musim lalu mereka agak sukar. Namun begitu, permulaan hambar mereka musim ini telah mengakibatkan Francesco Guidolin dibuang, manakala pengganti beliau iaitu Bob Bradley hanya memperolehi 1 mata dalam 4 perlawanan setakat ini. Dan pemain baru Swansea kali ini gagal menyerlah.

Sekarang ni ada satu jenaka yang sering kedengaran. Sekiranya mana-mana pasukan memerlukan galakan atau inspirasi, mainlah Swansea. Ini membuahkan hasil untuk Stoke, dan juga untuk Manchester United, pasukan yang sebelum itu terkapai-kapai mencari rentak. Dan siapa lawan mereka seterusnya? Everton, yang baru dibelasah Chelsea 5-0. Tanda-tanda ribut jelas kelihatan.

LEAVE A REPLY