LHDN

PUTRAJAYA:

Beberapa jutawan termasuk Tan Sri dan datuk mendapati diri mereka diperintahkan untuk membayar cukai yang belum diselesaikan dengan jumlah mencecah ratusan juta ringgit. Langkah ini sedang  dijalankan secara berasingan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara. Di Pulau Pinang, seorang Tan Sri telah diarahkan untuk menjelaskan pembayaran manakala seorang Datuk di Johor juga diarah berbuat demikian.

National Revenue Recovery Team atau NRRET,  terdiri daripada Jabatan Peguam Negara, PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2015 telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan kes-kes pengelakan cukai oleh individu dan badan-badan korporat, aliran keluar dana haram dan perbuatan rasuah. Laporan baru-baru ini menyebut di mana 13 jutawan adalah antara pembayar cukai yang ingkar di mana jumlah terkumpul tunggakan gabungan berjumlah hampir RM50 juta dalam masa kurang daripada dua tahun.

Laporan terbaru muncul pada Selasa mengenai LHDN menyita deposit tetap Pengerusi Eksekutif Country Heights Holdings Bhd (CHHB),  Tan Sri Lee Kim Yew berjumlah RM126 juta. Ini dipercayai ada kaitan dengan liabiliti cukai anak syarikat milik penuh CHHB ini, Country Heights Sdn Bhd. Selepas itu, Lee memaklumkan Bursa Malaysia bahawa beliau bersetuju untuk menggunakan simpanan tetap itu untuk menjelaskan liabiliti cukai.

Rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan perniagaan mempunyai masa sehingga Isnin depan untuk melakukan proses e-filing. LHDN telah memberi amaran tentang penguatkuasaan ketat tahun ini dengan menegaskan bahawa lebih banyak pengauditan dan siasatan yang akan dijalankan. Untuk memastikan pangkalan data yang dikemas kini dan tepat, LHDN akan bekerjasama dengan polis, Jabatan Kastam, SPRM dan majlis-majlis tempatan, antara lain.

Dari Januari hingga 9 Mei, LHDN telah mengadakan empat operasi utama di seluruh negara. Pada hari Isnin lepas, Ops Kutip – kempen dua hari untuk mengumpul cukai tidak dibayar sejak 2015 telah dilancarkan. Seramai 592 pegawai LHDN mencari dan mengumpul cukai berjumlah lebih RM326 juta daripada mereka yang berhutang dengan LHDN dalam tempoh dua tahun lepas. LHDN mensasarkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 90% daripada jumlah pada Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah berkata mulai tahun ini, inisiatif yang dibuat bertujuan untuk “memudahkan pematuhan dan membuat ketidakpatuhan sukar.” Beliau berkata, LHDN akan memperbaiki proses pemungutannya, sambil memastikan tindakan undang-undang yang lebih cepat terhadap mereka yang enggan menjelaskan tunggakan mereka.

Mereka yang terlibat dalam “ekonomi bawah tanah” juga turut kini berada dalam  radar LHDN. Pengarah Jabatan Kutipan Hasil LHDN, Mohd Idris Mamat berkata kebanyakan tunggakan merupakan kes lama di mana pembayar cukai tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau telah diisytiharkan muflis.

Pada 20 Mac, Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa cukai pendapatan yang tidak dikutip dianggarkan berjumlah RM6.8 bilion pada 31 Disember tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, menggesa perniagaan dan individu untuk membayar cukai mereka “untuk faedah semua”. Hasil cukai adalah penting bukan sahaja untuk pembangunan negara, tetapi juga untuk membantu perniagaan kita berkembang, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here