Moto Z dan Moto Z Play

Jika anda sedang mencari untuk telefon pintar baru, anda mungkin boleh melihat model terbaru yang dilancarkan oleh Moto iaitu Moto Z dan Moto Z Play.

Telefon pintar Moto terbaru ini menandakan kembalinya Motorola ke Malaysia selepas saham sektor telefon pintarnya dibeli oleh Lenovo pada 2014.

Ciri unik pada Moto Z seperti yang didakwa syarikat itu adalah telefon pintar ini merupakan telefon ternipis di dunia dengan ukuran hanya 5.2mm.

Bukan sahaja ia nipis, malah ia juga dibangunkan dengan aluminium seperti yang digunakan oleh pesawat dan keluli tahan karat untuk kelihatan premium dan anggun.

Telefon ini menggunakan paparan quad-HD Amoled 5.5in dengan resolusi 1440 x 2560 bersama-sama dengan Qualcomm Snapdragon 820 beserta 4GB RAM.

Moto Z dilengkapi kamera 13-megapixel dengan aperture f/1.8 untuk kemasukan cahaya yang lebih baik bagi fotografi cahaya rendah. Kamera depannya pula mempunyai sudut lebar 5 megapiksel yang sesuai untuk selfie berkumpulan.

Moto Z Play sebaliknya mempunyai paparan penuh HD Super Amoled 5.5in.  Ia dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 625 dan mempunyai 3GB RAM.

Kamera belakang pula menggunakan 16 megapiksel dengan laser dan pengesan fasa autofocus untuk hasil foto yang lebih tajam. Di bahagian depan pula, ia dilengkapi dengan kamera 5-megapixel bersudut lebar.

Kedua-dua telefon ini dilindungi dengan salutan nano yang menyebabkannya kalis air.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan telefon Moto Z dan Moto Z Play ini boleh membuat tempahan awal di 11street dan Lazada dari 4. Nov 2016. 50 pelanggan pertama yang membuat pesanan di setiap laman web yang akan menerima speaker JBL SoundBoost secara percuma.

LEAVE A REPLY