tony eusoff

SEBAIK selesai lima bulan menjalani hukuman penjara di Singapura kerana kesalahan memiliki dadah, pelakon dan penyanyi Tony Eusoff kini bersedia membuka lembaran baharu dalam hidupnya.

Bercerita mengenai episod hitam itu, Tony, 38 tahun, berkata apa yang paling sukar ketika ini adalah untuk memaafkan diri sendiri.

“Dulu jika ditanya apa yang saya ingin ubah, banyak sekali. Tetapi sekarang, saya ada perspektif baharu dalam hidup iaitu apa yang berlaku punya maknanya yang tersendiri dan apa yang berlaku adalah perancangan Tuhan,” katanya

Dalam pada itu, Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman berkata pengalaman pahit itu juga sekali gus menjelmakan seorang insan baharu di dalam dirinya.

“Tony yang baharu ialah Tony yang lebih pandai yang tahu bagaimana nak menilaikan diri, keadaan dan suasana dengan lebih baik.

“Ini saya anggap adalah satu pengalaman yang lumayan bukan sahaja pada diri saya malah kepada orang-orang yang saya sayang,” katanya.

Baca lagi: Tony Eusoff Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Bulan

LEAVE A REPLY