Latif Romly
Foto oleh zimbio.com

ATLET Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Temasya Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh kategori T20 (kecacatan intelektual), dengan catatan 7.60 meter dalam lompatan kelima.

Abdul Latif telah memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut dalam lompatan kedua dan ketiga, dengan catatan 7.47m dan 7.54m. Lompatan pertamanya dibatalkan, manakala lompatan keempat pula sekadar mencatatkan 6.79m.

LEAVE A REPLY