Langkah
Image via Berita Harian

Keputusan bekas Naib Presiden PKR, Darell Leiking keluar parti telah membawa satu lagi polemik kemusnahan politik ke atas PKR Sabah yang mempunyai sejarah pergolakan.

Walaupun Ahli Parlimen Penampang itu cuba menjaga aib PKR yang telah disertainya sekian lama,  penyertaan beliau ke parti baru yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal sudah dihidu oleh media dan kepimpinan PKR di Semenanjung.

Kekuatan PKR Sabah semakin goyah disebabkan dua perkara iaitu sentimen rakyat Sabah yang kini tidak mahu sebarang campur tangan dari Semenanjung dan juga kekurangan sokongan yang diberikan oleh kepimpinan pusat PKR ke atas Sabah.

Fokus parti itu dilihat hanya dipusatkan di Semenanjung berbanding di Sabah dan juga Sarawak.

Keputusan Leiking ini dijangka akan menjadi titik tolak kepada tindakan keluar parti secara besar-besaran di mana terdapat juga  tanda-tanda bahawa ADUN Moyog, Terrence Siambun dan sekurang-kurangnya dua wakil rakyat lain akan menyertai parti Shafie.

“Hanya tunggu dan lihat,” kata Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew yang juga wakil rakyat Api-Api. Beliau enggan mengulas lanjut  perkembangan terbaru ini di mana situasi semasa bukanlah perkara baru.

lajimPemimpin kanan, termasuk ketua PKR Sabah Datuk Lajim Ukin, juga menilai perkembangan sebagai “cakap-cakap politik” dan dijangka akan membuat kenyataan minggu depan.

Lajim, yang menafikan beberapa kali khabar angin perletakkan jawatan beliau masih lagi meneruskan agendanya agar kepimpinan pusat PKR mengotakan janji mereka untuk memberi lebih autonomi kepada Sabah.

Menurut sumber dalaman PKR, situasi ini jelas akan memberikan kesan yang besar terhadap pengaruh parti tersebut dalam meyakinkan rakyat Sabah. Langkah terbaru oleh kumpulan Shafie mungkin boleh mengubah wajah pembangkang kembali kepada politik tempatan Sabah.

bbe8cded206284253d3add741a4dd681Walaupun Shafie masih lagi merahsiakan kad politiknya tetapi beliau telah membuat kenyataan  sudi  bekerjasama dengan semua parti-parti pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Terdapat juga khabar angin menyatakan  bahawa Shafie telah berhubung dengan pakatan pembangkang yang berpangkalan di Sabah iaitu United Sabah Alliance yang terdiri daripada STAR Sabah yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Parti Cinta Sabah yang diketuai oleh Datuk Wilfred Bumburing, dan Parti Maju Sabah yang diketuai oleh bekas Ketua Menteri, Datuk Yong Teck Lee.

United Sabah Alliance telah meminta DAP dan PKR untuk menumpukan perhatian kepada Semenanjung Malaysia dan pada masa yang sama, meninggalkan parti pembangkang Sabah.

Pada pilihan raya umum 2013, PKR Sabah telah berjaya memenangi tujuh daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada 25 kerusi Parlimen.

Tetapi mereka kehilangan tiga ADUN – Jeremy Majalad (Kadamaian) dan Jelani Hamdan (Matunggong) pada tahun berikutnya manakala Bumburing, ADUN Tamparuli (ahli pertubuhan bukan kerajaan yang menang atas tiket PKR), menjauhkan diri dari PKR bagi mengambil alih Parti Cinta Sabah pada awal tahun ini.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here