lana nodin
Cover image via Berita Harian

Kesibukan dan rutin harian sebagai ibu serta isteri membuatkan pelakon, Lana Nodin, melupakan seketika minatnya terhadap bidang berkenaan.

Bergelar ibu kepada Gia Quinn, Januari lalu, hasil perkongsian hidup dengan suami, Mohd Daud McKienzie, Lana sebaliknya lebih selesa memberikan tumpuan kepada keluarga selain bidang perniagaan yang baharu diceburi.

Begitupun ketika dihubungi baru-baru ini, Lana memberitahu, beliau bakal kembali ke lokasi penggambaran selepas menerima ajakan temannya, pelakon Zizan Nin.

“Kalau jadi, mungkin pada awal tahun saya akan berlakon semula. Dalam pada itu, saya ada juga diundang untuk terbabit dengan rakaman program membabitkan saya, suami dan anak untuk sebuah stesen TV.

“Ikutkan, memang selama ini saya teringin nak berlakon. Begitupun masa agak kurang menyebelahi diri kerana saya juga sering menemani suami ke Singapura contohnya, untuk urusan latihan sukan.

“Jadi, macam mana saya hendak membahagikan masa dengan sebaiknya? Apatah lagi apabila sudah mempunyai anak kecil,” katanya yang turut aktif dalam perniagaan.

Di laman Instagram, seperti kebanyakan artis lain yang mempunyai anak, Lana juga sering memuat naik video buah hatinya, Gia.

Suaminya turut melakukan perkara sama. “Bagi kami berdua, walau ke mana saja kami pergi, Gia adalah segala-galanya.

Malah saya dan suami juga tak berkira dalam soal menjaganya. Masing-masing tahu peranan sendiri,” kata pelakon filem Chow Kit itu.

Mengenai perniagaannya, Lana kini mengkhususkan tumpuan kepada produk kesihatan seperti pengurusan badan, jus ibu kunyit, pembakar lemak, detoks dan banyak lagi. “Saya mahu yang terbaik untuk perniagaan ini.

Malah, saya juga turun padang untuk melihat perkembangan proses produk yang dilakukan,” katanya yang turut membuka akaun Instagram khas bagi mempromosikan perniagaannya itu.

Baca lagi: Impian Lana Bersalin di Malaysia

LEAVE A REPLY