laman

Ketika melayari laman web, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah apabila tiba pada laman yang tidak ditemui, atau biasanya menggunakan angka kod 404.

Kini, Mozilla dilihat ingin mengatasi perkara berkenaan dengan kaedah mereka tersendiri.

Melalui ujian yang sedang dilakukan oleh Mozilla melalui Firefox Test Pilot, mereka menamakan fungsi ini sebagai No More 404s. Mozilla menggunakan arkib internet daripada Wayback Machine, dan seterusnya menggantikan laman yang tidak ditemui berkenaan daripada apa yang tersimpan pada arkib berkenaan.

Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna mendapatkan maklumat yang diinginkan walaupun sesuatu web tersebut sudah tidak hidup lagi.

Buat masa ini, fungsi ini dalam fasa ujian lagi, dan sekiranya semua berjalan lancar, kita akan melihatnya diperkenalkan pada versi stabil Firefox akan datang kelak.

LEAVE A REPLY