laman

Kick Ass Torrent ialah laman torrent terbesar di dunia dengan jutaan pelawat setiap hari. Ia menjadi sumber terbaik untuk memuat turun filem dan muzik secara haram.

Laman ini gagal diakses hari ini setelah domain dirampas pihak berkuasa dan pemiliknya ditangkap. Artem Vaulin (30) seorang warga Ukraine ditangkap di Poland kerana dipercayai adalah pemilik Kick Ass Torrent.

Beliau akan diekstradisi ke Amerika Syarikat bagi menghadapi tuduhan melakukan konspirasi untuk melakukan pelanggaran jenayah hak cipta, konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram, dan dua tuduhan melanggar hak cipta jenayah.

image via The Next Web

Menarik sekali tangkapan dilakukan dengan bantuan pihak Apple. Butiran peribadi Artem diberikan oleh Apple kepada pihak berkuasa selepas mereka menyedari IP digunakan untuk transaksi iTunes berpadanan dengan IP yang digunakan untuk melog masuk ke akaun Facebook KAT.

Kick Ass Torrent sudah berkubur tetapi seperti YIFY, pasti ada insan lain akan mengisikan kekosongan yang ditinggalkan.

LEAVE A REPLY