liyana jasmay
Cover image via Harian Metro

Mempunyai cara sendiri dalam mempromosikan lagu nyanyiannya, Liyana Jasmay, 28, tampil dengan dua lagu selepas hampir tiga tahun berdiam diri.

Tidak hanya lagu, Liyana turut melancarkan serentak video muzik lagu berjudul Oh Na Na dan Selesa Tanpamu ciptaan sepenuhnya Alif Sleeq.

Merakamkan video muzik berkenaan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat, Liyana berkata, kedua-dua lagu berkenaan mempunyai kaitan menyebabkan ia dilakukan serentak.

“Saya mengambil masa empat hari untuk menghabiskan penggambaran video muzik dua lagu ini di LA. Selepas melihat jalan cerita kedua-dua video muzik ini ia seperti bersambung oleh itu kami merakamnya sekali gus dan kerana itu juga penghujung video muzik lagu Oh Na Na ada sambungannya.

“Saya memilih melancarkan serentak dua lagu kerana tidak mahu tampil dengan satu persatu single dalam tempoh yang lama bimbang peminat akan lupa dengan lagu kita.

“Insya-Allah saya akan tampil lagi dengan beberapa single selepas ini dan tahun depan akan mengeluarkan album penuh,” katanya.

Ditanya kenapa memilih LA sebagai lokasi penggambaran, Liyana berkata, dia mahukan kelainan dan kebetulan LA tempat pengarah video muzik ini, Jeany Amir pernah melanjutkan pelajaran satu ketika dulu.

“Secara tidak langsung ia banyak mempermudahkan urusan kami kerana Jeany banyak kenalan di sana. Lagipun, saya memang mengimpikan sebuah video muzik yang berkonsepkan ala Hollywood,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.

Mengulas mengenai perkembangan lakonannya, Liyana berkata, dia kini memberi fokus terhadap dua single berkenaan.

Namun terpaksa akur apabila filem lakonannya berjudul Bella lakonan bersama Juliana Evans bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Buat sementara waktu ini saya memang tidak mengambil sebarang tawaran berlakon kerana mahu fokus dengan single. Banyak perancangan kami atur antaranya konsert mini yang mungkin akan diadakan di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta. Namun, saya perlu memberi kerjasama untuk promosi filem Bella yang mungkin akan ditayangkan pada awal tahun depan,” katanya.

Baca lagi: Persahabatan Baik Liyana Jasmay, Lisa Surihani

LEAVE A REPLY