Sumber imej: bloombergtv

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan Simpanan Syariah yang akan dilancarkan bermula Januari tahun depan kini sudah dibuka pendaftarannya di seluruh negara.

Sebanyak RM100 bilion dana diperuntukkan iaitu 15 peratus daripada keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion yang direkodkan setakat Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan. Sumber imej: utusan.com.my

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata simpanan ini dibuat berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.

Katanya, mana-mana ahli yang mahu melayakkan diri untuk Simpanan Syariah 2017, mereka perlu mengemukakan permohonan sebelum 23 Disember tahun ini, tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion itu.

“Sambutan yang diberikan untuk hari pertama ini amat menggalakkan. Dalam tempoh 30 minit ia dibuka, kita sudah menerima pendaftaran lebih 5,000 pemohon di seluruh negara,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat KWSP di Jalan Raja Laut, hari ini.

Beliau berkata, ahli yang mahu menukar simpanan KWSP konvensional kepada Simpanan Syariah perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran.

“Pendaftarannya begitu mudah sekali, hanya bawa MyKad untuk pengesahan cap jari manakala ahli bukan warga Malaysia perlu membawa pasport,” katanya.

SOURCEBHOnline
SHARE
Previous articleCadangan Kaedah Perlu Diadakan Atasi Masalah Penyokong Fanatik
Next articleSelesaikan Dulu Masalah Dalaman – Zahid
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here