Kutipan

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sehingga 31 Mei lepas telah berjaya mengutip sekitar 35 peratus daripada RM127.7 bilion sasaran cukai yang ditetapkan kerajaan tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah.

“Alhamdulillah ia satu kutipan yang memuaskan, dan dijangka pada suku tahun ketiga dan keempat nanti apabila syarikat-syarikat membuat pindaan kutipan cukai mereka kita akan mampu mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya kepada media di Cyberjaya hari ini.

Pada tahun lepas, LHDN telah berjaya mengutip cukai sebanyak RM114 bilion.

Dalam pada itu Sabin turut memaklumkan nilai cukai tertunggak buat masa ini berjumlah antara RM3 bilion dan RM4 bilion yang terkumpul sejak beberapa tahun lepas.

Terdahulu Sabin meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dari sekitar daerah Puchong, Sepang, Banting dan Kajang di Majlis Berbuka Puasa yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here