Sumber imej: farm4.static.flickr.com

Kerajaan digesa mencari kaedah mengurangkan kos nelayan dengan memberi kelonggaran atau keistimewaan terhadap cukai import yang dikenakan kepada peralatan tangkapan ikan selama ini.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Mohamad Dolmat (kanan). Sumber imej: mycc4dworld.com

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Datuk Mohamad Dolmat berkata kebanyakan kos peralatan tangkapan ikan seperti jaring, enjin dan pukat semakin meningkat selepas berlaku penyusutan nilai ringgit sejak tahun lepas.

“Kita harap kerajaan ada kaedah lain menangani masalah ini, tukaran mata wang kita tidak boleh control jadi kerajaan perlu longgarkan cukai import peralatan tangkapan ikan bagi mengurangkan kos nelayan.

“Sekiranya kos bertambah dan nelayan pula terpaksa mengeluar modal yang lebih maka hasil tangkapan akan mahal,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian mesyuarat agung Tahunan persatuan itu kali ke-31 di sini malam tadi.

Mesyuarat dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Turut hadir ialah timbalannya Nogeh Gumbek dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Mohamad berkata selain itu pihaknya berharap kerajaan juga memberi keistimewaan kepada persatuan nelayan dalam menguruskan penjualan runcit minyak berbanding kepadada invidividu atau pihak luar.

Jelasnya, kos minyak diesel merupakan kos utama dalam kos penangkapan ikan iaitu sebanyak 60 peratus.

Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan Kad Etika Insurans Nelayan oleh Syarikat Etiqa Takaful Berhad yang menyediakan pampasan RM150,000 membabitkan kematian akibat kemalangan di laut manakala pampasan RM110,000 bagi kematian selain di laut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here