Kuasa

Muktamar PAS yang bermula secara rasmi hari ini walaupun ia telah bermula wal dengan  mesyuarat tiga sayap utama parti telah menunjukkan satu perkara – impian PAS mengambil Putrajaya kini lebih jelas dan bersedia.

Ini adalah jelas sekarang bahawa di mana ahli-ahli PAS tidak mengira pangkat 100%  menyokong parti mereka berjalan sendiri dalam pilihan raya umum.

Dengan berbuat demikian, ia akan menafikan peluang Pakatan Harapan untuk memenangi   sokongan orang Melayu melalui PAS. Serpihan mereka, AMANAH masih lagi terkial-kial dalam mendapatkan sokongan Melayu dan tanpa Pakatan Harapan mereka tidak mempunyai harapan untuk menang.

PAS telah menghentam pemimpin Pakatan habis-habisan. Umno yag pernah menjadi musuh kegemaran mereka untuk dibahas semasa muktamar kini mengganggap UMNO sebagai rakan dihormati.

Secara realistiknya, pertandingan tiga penjuru yang akan berlaku dalam pilihan raya umum.

Walaubagaimanapun, isu hubungan dengan PKR  khususnya di Selangor masih lagi samr-samar. Ia adalah sukar untuk melihat bagaimana kepimpinan PAS boleh memujuk perwakilan untuk membolehkan parti itu terus “tidur dengan musuh” bagi kekal di Selangor.

Pemimpin-pemimpin tertinggi masih terdorong untuk meneruskan hubungan dengan PKR di Selangor sehingga pilihan raya umum diumumkan.

Mereka berharap Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali akan menghadiri majlis perasmian hari ini untuk membantu melembutkan hati perwakilan. Menteri Besar Selangor berlepas ke Taiwan pada Selasa dan dipercayai telah memendekkan lawatan beliau. Beliau kembali malam tadi dan ada kemungkinan yang tinggi bahawa dia akan berada di muktamar.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin secara peribadi menelefon Menteri Besar Selangor untuk menjemput beliau.

Gelombang desakan bagi memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan semakin panas selepas  Dewan Pemuda semalam menyeru kepimpinan tertinggi untuk berpecah dengan PKR.

PAS telah memainkan peranan sebagai pembela semasa dalam Pakatan Rakyat dan telah pun mempertahankan pemimpin DAP yang memberi ceramah di surau.

Ramai orang yang percaya PAS boleh menang bahawa banyak kerusi tetapi selepas jumlah sokongan diterima semasa perhimpunan kontroversi RUU355, namun rakyat khususnya yang bukan Islam masih  ragu-ragu dengan matlamat Negara Islam PAS.

Menurut seorang pegawai PAS, parti itu tahu agak mustahil untuk mengambil lima negeri atau memenangi 40 kerusi parlimen.

Walau bagaimanapun, parti itu menyasarkan untuk menjadi penentu sekiranya tidak ada pihak menjamin kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

PAS adalah kuasa ketiga yang semua cari selama ini.

Azriq Saleh adalah pembaca Malaysian Access. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan MA.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here