Krisis Qatar

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konflik yang berlaku antara Qatar dengan beberapa negara Arab ketika ini adalah kesan daripada fahaman sekularisme.

Kata Abdul Hadi, idelogi itu menjauhkan Islam daripada hal ehwal kehidupan serta memisahkan negara dengan agama.

Justeru, katanya, berlaku pemisahan di antara kiblat untuk solat dan politik.

“Maka kiblat untuk solat ialah menghadap ke Baitullah di Mekah, dan kita menjaga serta membangunkannya sebagai kiblat kita.

“Adapun kiblat politik, ekonomi, kebudayaan dan lain-lainnya, maka kiblatnya ialah Rumah Putih di Washington atau Rumah Merah di Moscow,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Ia adalah komen pertama Abdul Hadi mengenai krisis diplomatik dihadapi Doha hari ini.

Kata Abdul Hadi, walaupun penjajah sudah keluar dari negara yang ditakluknya, kesan pengaruhnya masih dirasai apabila pengikut-pengikut mereka yang mempunyai warna kulit dan lidah yang sama dengan orang tempatan.

Maslahah (kepentingan) dunia lebih diutamakan berbanding maslahah agama bagi menjaga maslahah Zionis dan sekaligus mengesampingkan isu Al-Aqsa dan Palestin,” katanya melalui komen yang dianggapnya menggunakan uslub (kaedah) yang “agak keras” itu.

SHARE
Previous articleJangan Hanya Jadi Hero Di Laman Media Sosial
Next articlePujukan Chong Wei Punca Misbun Kembali ke BAM
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

1 COMMENT

  1. hola penulis adam dani el-munawar! apakah kepentingan sekularisme kepada dunia? ekstremis agama TIDAK BOLEH sewenang-wenangnya MENGGANAS dan menggalakkan untuk melakukan KEGANASAN. keganasan merangkumi sikap mudah marah, panas baran, mengamuk, bagi reaksi yang mengancam nyawa orang lain.. dari perspektif sekularis, ekstremis kepercayaan mencetuskan keganasan dan bagaikan tabiat kebiasaan dalam kehidupan mereka.. walaupun mereka rasa dirinya holier than thou, jaga ibadah solat zikir baca kitab semua.. tapi ada ketika bila naik darah, kepala sudah pusing, badan rasa hangat, maka berlakulah perbuatan luar kawalan.. bersedia untuk memberontak dan huru hara. bila ada isu yang tak memuaskan di hati, melenting tak tentu hala. tak fikir panjang.. lepas berlalunya klimaks peristiwa yang menggemparkan.. timbullah rasa kesal kalau hati tak kering la.. dalam hati ada taman gitu.. apakah itu ekstremis kepercayaan?? selalunya orang menyempitkan kepada agama islam.. katanya orang islam dominan melakukan keganasan.. eh ye ke?? actually tu kelentong dan auta ok.. orang kalau nak buat ganas tak kira dia tu agama apa, mazhab apa, kepercayaan apa pun.. itulah yang trump dan team di belakang tabirnya perjuangkan. war on terror!! takyahlah la jadi pengganas.. nikmatilah hidup ni dengan indah.. fikiran tu harus ditenangkan.. apa pasal mahu jadi kejam dan zalim.. hidup mesti enjoy!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here