Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas sebanyak 40 tan minyak masak dalam operasi-operasi pengguatkuasaan yang dijalankan seluruh negara sejak 21 Oktober lalu.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sebanyak 16 kes dibuka terhadap peruncit, pemborong dan pembungkus di atas pelbagai kesalahan termasuk menyorok, menjual tanpa lesen dan menyimpan harga barang kawalan melebihi had.

“Dalam tempoh berkenaan, sebanyak 11,895 premis di seluruh negara telah diperiksa dan dalam tempoh itu juga kita menerima sebanyak 120 aduan,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan operasi pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini hari ini.

LEAVE A REPLY