Komen

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa institusi agama untuk lebih memberikan tumpuan kepada golongan miskin dan asnaf; bukannya menangkap orang-orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

Menulis di laman Twitternya, KJ berkata, “Daripada jabatan agama membelanjakan wang untuk menguatkuasakan orang-orang bagi mencari mereka yang ponteng puasa, ia sebaliknya digunakan untuk membantu asnaf dan berbuat baik.

“Dari segi keutamaan, lebih penting untuk kita membantu golongan yang memerlukan daripada menguatkuasakan kewajipan-kewajipan agama yang peribadi. Tidak ada paksaan,” tulis beliau.

Institusi Agama Harus Henti Tangkap Orang Tak Puasa

Kenyataan Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO itu mencetuskan pelbagai reaksi termasuk seorang pengguna Twitter, @notreallyimran memberi pandangan bahawa ia satu kemestian bagi jabatan agama menangkap orang-orang yang tidak berpuasa kerana berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu rukun Islam.

Menteri itu kemudiannya membalas, “Adalah wajib untuk anda mematuhi lima rukun itu. Tetapi bukan kemestian untuk orang menangkap anda kerana tidak melakukannya.”

Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, orang Islam yang didapati makan, minum atau merokok secara terbuka pada bulan Ramadan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here