Saturday, December 10, 2016
KnowRoaming Tawar WhatsApp Percuma di Seluruh Dunia

KnowRoaming Tawar WhatsApp Percuma di Seluruh Dunia

121
0
KnowRoaming
KnowRoaming adalah kad SIM dan pelekat pada kad SIM yang telah direka untuk membantu mereka yang kerap mengembara untuk menjimatkan wang mereka semasa menggunakan perkhidmatan rangkaian komunikasi tempatan.
Ciri terkini masih membawa misi yang sama sewaktu pelancarannya. Anda kini boleh menggunakan aplikasi WhatsApp secara percuma di seluruh dunia (perkhidmatan ini dapat digunakan di 142 negara) jika anda menggunakan mana-mana produk keluaran syarikat ini. KnowRoaming menekankan bahawa pengguna tidak perlu risau mengenai apa perkara pun – anda tidak perlu mempunyai kredit untuk menggunakan perkhidmatan ini. Apabila menggunakan perkhidmatan ini, menghantar mesej bukanlah satu-satunya perkara yang anda boleh lakukan secara percuma. Anda juga boleh membuat panggilan suara atau video dan menghantar imej tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Sudah tentu anda perlu untuk membelanjakan sedikit wang untuk mendapatkan SIM KnowRoaming ini bagi membolehkan anda menggunakan perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh mereka. Pelekat SIM keluaran syarikat itu, yang boleh ditampal di atas kad SIM biasa, berharga RM 120 (US $30). Namun, sekiranya anda ingin menggunakan kad SIM global mereka, ianya adalah lebih murah di mana anda boleh mendapatkannya dengan harga RM 40 (US $10). Anda boleh menggunakannya pada mana-mana telefon atau tablet yang tidak dikunci kepada satu operator sahaja.
MAKLUMAT LAIN KNOWROAMING
Berikut adalah penerangan ringkas mengenai produk yang ditawarkan:

Kad SIM global

  • Satu-satunya kad sim SIM pengembaraan yang anda perlukan di mana sahaja destinasi anda. Tidak perlu untuk membeli kad SIM tempatan atau mencari Wi-Fi percuma
  • Sambungan ke rangkaian tempatan di seluruh dunia
  • Menguruskan penggunaan dan prabayar untuk semua perkhidmatan tambahan dalam aplikasi khas

Sticker SIM

  • Satu aplikasi yang mudah pada Kad SIM anda yang sedia ada
  • Sticker SIM ini melekat kekal dalam telefon / tablet anda dan mengaktifkan setiap kali anda dalam perjalanan dan menghubungkan anda ke rangkaian tempatan. Di negara anda, ia kekal dorman.
  • Menguruskan penggunaan dan prabayar untuk semua perkhidmatan tambahan dalam aplikasi khas

Hotspot

  • Untuk pengembara berkaitan perniagaan
  • Mampun menampung sehingga 15 sambungan Wi-Fi oleh peranti
  • Bateri tahan sehingga 20 jam

LEAVE A REPLY