kim kardashian
Cover image via Harian Metro

BINTANG realiti TV Kim Kardashian dilaporkan diugut lelaki bersenjata yang memakai topeng di bilik hotelnya di Paris.

Dua lelaki tersebut berpakaian seperti pegawai polis, bertindak menghalakan pistol ke arahnya ketika kejadian.

Jurucakap keluarga Kardashian, Ina Treciokas memberitahu CNN bahawa tiada kecederaan berlaku tetapi Kim kini berada dalam keadaan trauma.

Kim di Paris ketika ini bagi menghadiri Minggu Fashion Paris bersama ibunya Kris Jenner dan adiknya, Kendall Jenner.

Dalam masa yang sama, penyanyi rap yang juga suami kepada Kim, Kanye West dilaporkan meninggalkan konsertnya lebih awal di Festival Meadows di New York pada malam Ahad, sebaik mengetahui kejadian menimpa isterinya.

Sementara itu, menurut laporan AFP, penyerang yang menyamar sebagai polis itu berjaya merompak barangan bernilai berjuta-juta, terutamanya dalam bentuk barang kemas.

Polis Paris berkata, jumlah kerugian melibatkan “beberapa juta euro, kebanyakannya barang kemas,” sambil menambah bahawa mereka masih menilai jumlah keseluruhan yang dicuri dan telah membuka kertas siasatan.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY