PETALING JAYA: Bukan senang hendak melihat seorang menteri bagi meningkatkan Dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengasingan sisa pepejal demi kebaikan alam sekitar, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sanggup memakai baju seragam Alam Flora, ‘bergayut’ di belakang lori sampah dan memungut sampah dalam satu mesej yang disampaikan kepada orang ramai tentang  kepentingan dan kesukaran dihadapi pekerja Alam Flora bagi menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar.

Dalam rakaman video selama 5 minit 30 saat yang dimuat naik Crap.TV ke facebook mereka, Khairy bersama tiga yang lain melakukan rutin sebagai pekerja Alam Flora.

khairy
Foto oleh My News Hub

Khairy menyampaikan mesej kitar semula dan pengurusan sisa pepejal dengan gelagat mencuit hati, selain merayu orang ramai memainkan peranan masing-masing bagi memelihara alam sekitar.

Antara isu diketengahkan ialah jangan meletak kenderaan di bahu jalan yang akan menghalang laluan lori sampah dan orang ramai perlu mengubah tabiat negatif dengan tidak membuang sampah merata-rata.

Beliau turut menasihatkan penduduk mengasingkan sisa pepejal, memandangkan ramai masih degil dan membuang kertas, plastik serta kaca dalam beg sampah sama yang hanya akan membebankan lagi tapak pelupusan sampah.

“Kita hendak mengurangkan tekanan di tapak pelupusan sampah supaya kita tidak perlu mewujudkan lebih banyak tanah pelupusan di negara ini dan kami mahu menggalakkan orang ramai mengitar semula serta menyumbang ke arah alam sekitar dan pengurusan sisa pepejal,” katanya sambil menekankan kepentingan menggunakan beg kitar semula berbanding beg plastik ketika membeli-belah.

Khairy turut memuji dasar “tiada beg plastik” yang dilaksanakan kerajaan negeri Melaka adalah langkah baik yang perlu dicontohi semua sebagai sebahagian daripada “kehidupan mapan”.

“Kita mempunyai peranan untuk dimainkan dalam menjaga alam sekitar. Hakikatnya, kita hanya ada sebuah bumi dan ia adalah tanggungjawab kita semua untuk menjaganya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here