Lim Guan Eng
Foto oleh FMT

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menetapkan 6 Disember untuk pengurusan 2 kes pertuduhan rasuah Lim Guan Eng untuk membolehkan pihak pendakwaan menyeragamkan indeks dokumen kes bagi memudahkan prosiding perbicaraan, kata ketua pasukan peguamnya Gobind Singh Deo.

Gobind berkata kepada pemberita dalam sidang media ringkas bahawa hakim Mahkamah Tinggi Hadhariah Syed Ismail juga memutuskan bahawa Lim dan ahli perniagaan Phang Li Khoon tidak perlu hadir di mahkamah itu.

“Peguam Negara sepatutnya menyediakan dokumen-dokumen yang akan digunakan untuk pertuduhan dan bukannya memberikan kita satu CD yang mengandungi 13,000 muka surat tanpa indeks,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kekurangan pengindeksan menyukarkan mereka untuk mengumpul fakta-fakta, dan kerana mereka telah meminta agar Peguam Negara mengemukakan indeks bagi dokumen.

Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk memperoleh suapan untuk diri dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan syarikat Magnificent Emblem untuk menukar status tanah pertanian ke tanah kediaman semasa mesyuarat jawatankuasa perancang negeri pada 18 Julai, 2014.

Beliau dituduh menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli rumah dari Phang dengan harga RM2.8 juta. Harga tersebut dinilai lebih rendah daripada nilai pasaran semasa harta sebanyak RM4.27 juta pada 28 Julai 2015.

Phang didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Lim pada Julai 28 tahun lepas dalam hal pembelian rumah tersebut di Pinhorn Road.

Gobind mengetuai pasukan pembelaan untuk Lim manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengetuai pihak pendakwaan.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here