Sumber foto: reuters

Saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa diselewengkan, tidak akan menjejaskan penarafan negara, kata Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Sumber imej: themalaysiantimes.com.my

Ketua Setiausaha Perbendaharaan itu berkata, malah saman sivil itu bukan mengenai ekonomi. “Ia tidak kena mengena dengan ekonomi,” katanya ketika menjawab soalan anggota media selepas menutup program perintis Bahasa Inggeris 1Malaysia (BI1M) di sini, hari ini.

Pada 20 Julai, DoJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang diperoleh dengan wang yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Ketika ditanya mengenai penurunan taraf Penarafan Mungkir Penerbit Mata Wang Tempatan dan Asing Jangka Panjang Petronas kepada ‘A-‘ daripada ‘A’ oleh Fitch Ratings baru-baru ini, Mohd Irwan Serigar berkata, ia adalah ‘perkara sementara.

“Petronas ialah entiti yang menjana keuntungan dan dari segi prestasi ia baik, tetapi disebabkan persekitaran dunia – harga minyak dan sebagainya – ia adalah satu perkara sementara.

“Dari segi pewujudan pekerjaan, Petronas masih mewujudkan peluang pekerjaan, projek Rapid (Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia) masih diteruskan, oleh itu tiada kebimbangan mengenai penarafan pada masa depan,” katanya.

SOURCEBERNAMA
SHARE
Previous articleDzulkifli Ahmad Dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM Baharu
Next articleFungsi Sticker Pada Twitter Mula Diperkenalkan
Seorang kolumnis bebas yang berasal dari hutan batu KL. Ruang lingkup dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan saya sebagai seorang kaki travel bajet dan 'foodie in the making'. Pada masa bosan-bosan akan melayan update 'trending' netizen... Saya sangat berminat dengan perkembangan pertahanan dan politik domestik serta global. Nak berbalah boleh tapi biarlah dalam 'mode' yang bertamadun ye...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here